Assalamualaikum
Hai!
Okay ehem. Since this is a blog yang didedikasi khas buat
fisioterapi, hari ni saya akan mulakan first entry dengan bercerita
mengenai fisioterapi (secara general).
Okay siapa yang biasa tanya soalan macam ni angkat tangan? Secara
amnya, ramai la jugak yang tak tau apa itu fisioterapi. Asal sebut fisio je,
orang mesti kaitkan dengan tukang urut. Okay meh nak betulkan balik persepsi
anda-anda semua.
Jom kenal Fisioterapi!
Sebelum kita dapat rasa isi, kena buang kulit dahulu. Sebelum kita
kenal fisioterapi, kena tahu apa itu fisiologi dahulu. Okay fokus.
Fisiologi. Berasal daripada bahasa yunani atau Greek, fisiologi
terbahagi kepada dua iaitu:
Fisio (physis) yang membawa maksud asal atau semulajadi
Logi (logus) yang membawa maksud kajian atau penyelidikan
Jadi fisiologi merujuk kepada pengkajian mengenai mekanisme atau
cara kerja sesuatu benda hidup.
Okay sekarang meh kita kenal apa pulak fisioterapi ni.
Fisio atau fisiologi membawa makna fungsi
Terapi
pulak bermaksud penjagaan
So fisioterapi (atau physiotherapy atau physical therapy) adalah
penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia, fisioterapi dikenali sebagai
jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi
penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian,
pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.(rujukan)
Harapnya semua dah jelas mengenai fisio. Jadi lepas ni, kalau ada
orang di sekeliling anda, tak kira lah mak ayah ke, pakcik makcik ke, jiran
sebelah rumah ke, yang cakap fisio ni tukang urut, sila betulkan mereka ye
(terima kasih!).
Habis tu kalau bukan tukang urut, fisioterapi ni buat apa?
Sebenarnya, urut tu adalah salah satu kaedah rawatan untuk kes-kes
tertentu. Contohnya, pesakit yang mengalami masalah otot mengeras (spasm atau
biasa orang cakap cramp) akan dirawat menggunakan kaedah urutan yang dipanggil
Myofascia release / message theraphy.
Tugas sebenar fisioterapi adalah untuk rehabilitasi (amende lah
pulak rehabilitasi ni). Okay rehabilitasi atau dalam bahasa inggeris,
rehabilitation membawa maksud satu proses berterusan untuk mengembalikan
keupayaan seseorang pesakit dengan mengurangkan ketidakupayaan fizikal (dan
mental) akibat dari sesuatu penyakit, kecederaan ataupun peristiwa yang
berlaku. (rujukan)
- Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya
elektrik, ais, urut dan karan/elektrik.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya
menguji dengan cara elektrik.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan kesesuaian sesuatu
skim rawatan terhadap seseorang pesakit
- Menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”,
“acupressure” dan manipulasi
- Memberi pendidikan kepada pesakit menggunakan alat
bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih
pesakit dan penjaga mengenai penggunaan alatan dengan betul
Haaa sekarang jelas tak apa itu kerjaya fisio? Harapnya dengan
entri saya ni, semua dapat gambaran yang jelas apa itu fisioterapi. Okay cukup
sampai disini saja. Jumpa lagi :)
Terima kasih sudi membaca.
Psst: next time saya akan kongsikan bidang dalam fisio pulak.
Sangat-sangat menarik tau. Fisioterapi ni bukan setakat untuk patah patah je.
Fisio juga meliputi neurology (mengenai system saraf), pediatric (penjagaan
perubatan untuk bayi dan kanak-kanak), geriatric (penjagaan kesihatan untuk
orang-orang tua) dan baaaaanyak lagi.
*all images credit to respective owner/s