Sunday, 8 January 2017

Jom jadi Physiotherapist!

Assalamualaikum

Hai!

Entri lepas dah cerita apa itu fisioterapi dan cabang-cabang dalam fisioterapi. So lepas baca semua info-info tu, ada yang berminat nak jadi fisio tak? Mesti ada kannnnnn. So entri kali ni nak cerita apa macam mana nak apply kursus fisioterapi di UiTM. Kenapa UiTM? Sebab UiTM di hati ku~ haha okay gurau je. Sebab saya merupakan salah seorang penuntut ijazah fisioterapi di UiTM. So saya nak lah korang semua join UiTM jugak! :D

Apa syarat nak apply fisioterapi di UiTM?

Okay mula-mula, korang semua kena lihat syarat kelayakan dahulu. Untuk yang lepasan SPM, ni syarat untuk korang mohon diploma fisioterapi di UiTM:


Bagi yang nk mohon ijazah fisioterapi, ni syarat-syarat nya:


Okay jelas tak? Tapiiiii sebelum tu, korang kena tengok jugak syarat-syarat khas yang dah ditetapkan oleh pihak UiTM.

Ni syarat khas untuk mohon diploma fisioterapi:




Ni pulak syarat-syarat khas untuk mohon ijazah fisioterapi:








Haaa dah clear kan? Kalau korang masih ragu-ragu, boleh rujuk sendiri dekat sini : http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016



Ala banyaknya syarat. Macam tak layak je :(

Noooo. Jangan putus asa sebelum berusaha. Memang nampak macam banyak je syarat yang beliau kenakan. Tapi kita mana pernah tahu rezeki kita apa. So cuba mohon dulu. Kalau dah memang rezeki kita untuk belajar ilmu fisioterapi ni, insyaAllah kita akan dapat :)

Ni apa yang mak ayah saya selalu pesan tentang rezeki:

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Talaq : ayat 3)

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Andai kata saudari, saudara sekalian dah memohon dan gagal, jangan lah kecewa. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah SWT. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA :)


Hmm saya rasa cukup la setakat ni saya share. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh tanya ya. Jumpa lagi!


Terima kasih sudi membaca.

ILMU DARI TUHAN, TANGAN UNTUK INSAN - moto fisioterapi UiTM Puncak Alam hehe :D


*all images credit to respective owner/s

Branches of Physiotherapy

Assalamualaikum

Hai!

Ramai yang tak tahu yang fisioterapi ni terlibat dalam banyak bidang. Ada dalam bidang sukan, bidang perbidanan, bidang kanak-kanak dannnn banyak lagi. Jadi kali ni saya nak kongsi apakah cabang-cabang yang ada dalam fisioterapi.
  

Physiotherapy in rehabilitation

Ni adalah bidang paling common sekali. Rehabilitasi. Mereka yang terlibat dalam bidang ini akan memberikan rawatan pemulihan kepada orang yang mempunyai masalah fizikal yang terhad. Samada disebabkan kemalangan atau penyakit seperti strok. Pesakit-pesakit yang dirawat akan diberi latihan-latihan yang tertentu untuk mengembalikan fungsi asal anggota mereka yang terhad itu agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.



Pediatric physiotherapy

Bidang ni pulak tentang penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang macam mana? Untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan fizikal yang terhad atau dalam Bahasa inggeris dipanggil physical disabilities. Fisio-fisio dalam bidang ini juga bertanggungjawab untuk memberi rawatan pemulihan kepada kanak-kanak yang baru selesai menjalani pembedahan.


Geriatric Physiotherapy

Untuk bidang ni pulak, dia punya goals sama sahaja dengan pediatric. bezanya, geriatric ni adalah penjagaan yang difokuskan untuk orang-orang tua atau warga emas. Untuk pakcik makcik atuk nenek yang mengalami fizikal yang terhad disebabkan faktor umur, pembedahan dan sebagainya, mereka akan dibantu dan dirawat untuk memulihkan kembali fungsi asal anggota mereka.



Sports physiotherapy

Physiotherapy in sport ni menarik tau. Sinonim dengan nama beliau, iaitu sukan, mereka yang terlibat dalam bidang ni akan handle masalah dan kecederaan yang berkaitan dengan orang sukan atau atlet. Mereka juga bertanggungjawab untuk ajarkan atlet-atlet ni teknik yang betul untuk warming up, cooling down dan sebagainya. Haaa sape-sape yang minat nak kerja bawah FAM ke red warrior ke jdt ke, boleh la usha-usha lebih lanjut tentang bidang ni :D



Neurology physiotherapy

Neurological physiotherapy ni berkait dengan masalah system saraf otak. Pemulihan ini difokus kan kepada pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan otak, pesakit strok dan pesakit yang mempunyai masalah dengan sistem saraf tunjang.

Kat sini saya explain sikit je tau. Kalau korang nak tahu banyak lagi tentang fisioterapi, korang semua boleh buat research sendiri ya. Jumpa lagi J



Terima kasih sudi membaca.


References:
Branches of Physiotherapy. (n.d.).
Reeja Tharu.(2013). Physiotherapy.



*all images credit to respective owner/s

Saturday, 19 November 2016

Pengenalan: Fisioterapi

Assalamualaikum

Hai!

Okay ehem. Since this is a blog yang didedikasi khas buat fisioterapi, hari ni saya akan mulakan first entry dengan bercerita mengenai fisioterapi (secara general).

Fisio tu tukang urut ek?



Okay siapa yang biasa tanya soalan macam ni angkat tangan? Secara amnya, ramai la jugak yang tak tau apa itu fisioterapi. Asal sebut fisio je, orang mesti kaitkan dengan tukang urut. Okay meh nak betulkan balik persepsi anda-anda semua.

Jom kenal Fisioterapi!

Sebelum kita dapat rasa isi, kena buang kulit dahulu. Sebelum kita kenal fisioterapi, kena tahu apa itu fisiologi dahulu. Okay fokus.

Fisiologi. Berasal daripada bahasa yunani atau Greek, fisiologi terbahagi kepada dua iaitu:

Fisio (physis) yang membawa maksud asal atau semulajadi
Logi (logus) yang membawa maksud kajian atau penyelidikan

Jadi fisiologi merujuk kepada pengkajian mengenai mekanisme atau cara kerja sesuatu benda hidup.

Okay sekarang meh kita kenal apa pulak fisioterapi ni.
          
          Fisio atau fisiologi membawa makna fungsi
          Terapi pulak bermaksud penjagaan

So fisioterapi (atau physiotherapy atau physical therapy) adalah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia, fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).

Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.(rujukan)

Harapnya semua dah jelas mengenai fisio. Jadi lepas ni, kalau ada orang di sekeliling anda, tak kira lah mak ayah ke, pakcik makcik ke, jiran sebelah rumah ke, yang cakap fisio ni tukang urut, sila betulkan mereka ye (terima kasih!).

Habis tu kalau bukan tukang urut, fisioterapi ni buat apa?

Sebenarnya, urut tu adalah salah satu kaedah rawatan untuk kes-kes tertentu. Contohnya, pesakit yang mengalami masalah otot mengeras (spasm atau biasa orang cakap cramp) akan dirawat menggunakan kaedah urutan yang dipanggil Myofascia release / message theraphy.



Tugas sebenar fisioterapi adalah untuk rehabilitasi (amende lah pulak rehabilitasi ni). Okay rehabilitasi atau dalam bahasa inggeris, rehabilitation membawa maksud satu proses berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit dengan mengurangkan ketidakupayaan fizikal (dan mental) akibat dari sesuatu penyakit, kecederaan ataupun peristiwa yang berlaku. (rujukan)

Untuk lebih jelas, antara tugas seorang fisioterapi ialah (rujukan):

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais, urut dan karan/elektrik.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit
  • Menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
  • Memberi pendidikan kepada pesakit menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan penjaga mengenai penggunaan alatan dengan betul

Haaa sekarang jelas tak apa itu kerjaya fisio? Harapnya dengan entri saya ni, semua dapat gambaran yang jelas apa itu fisioterapi. Okay cukup sampai disini saja. Jumpa lagi :)


Terima kasih sudi membaca.

Psst: next time saya akan kongsikan bidang dalam fisio pulak. Sangat-sangat menarik tau. Fisioterapi ni bukan setakat untuk patah patah je. Fisio juga meliputi neurology (mengenai system saraf), pediatric (penjagaan perubatan untuk bayi dan kanak-kanak), geriatric (penjagaan kesihatan untuk orang-orang tua) dan baaaaanyak lagi. 

*all images credit to respective owner/s