Assalamualaikum
Hai!
Entri lepas dah cerita apa itu fisioterapi dan cabang-cabang dalam
fisioterapi. So lepas baca semua info-info tu, ada yang berminat nak jadi fisio
tak? Mesti ada kannnnnn. So entri kali ni nak cerita apa macam mana nak apply kursus
fisioterapi di UiTM. Kenapa UiTM? Sebab UiTM di hati ku~ haha okay gurau je.
Sebab saya merupakan salah seorang penuntut ijazah fisioterapi di UiTM. So saya
nak lah korang semua join UiTM jugak! :D
Apa syarat nak apply fisioterapi di UiTM?
Okay mula-mula, korang semua kena lihat syarat kelayakan dahulu.
Untuk yang lepasan SPM, ni syarat untuk korang mohon diploma fisioterapi
di UiTM:
Bagi yang nk mohon ijazah fisioterapi, ni syarat-syarat
nya:
Okay jelas tak? Tapiiiii sebelum tu, korang kena tengok jugak
syarat-syarat khas yang dah ditetapkan oleh pihak UiTM.
Ni syarat khas untuk mohon diploma fisioterapi:
Ni pulak syarat-syarat khas untuk mohon ijazah fisioterapi:
Haaa dah clear kan? Kalau korang masih ragu-ragu, boleh rujuk
sendiri dekat sini : http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016
Ala banyaknya syarat. Macam tak layak je :(
Noooo. Jangan putus asa sebelum berusaha. Memang nampak macam banyak
je syarat yang beliau kenakan. Tapi kita mana pernah tahu rezeki kita apa. So
cuba mohon dulu. Kalau dah memang rezeki kita untuk belajar ilmu fisioterapi
ni, insyaAllah kita akan dapat :)
Ni apa yang mak ayah saya selalu pesan tentang rezeki:
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah
at-Talaq : ayat 3)
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari
lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu
Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Andai kata saudari, saudara sekalian dah memohon dan gagal,
jangan lah kecewa. Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah SWT. Sesungguhnya DIA
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA :)
Hmm saya rasa cukup la setakat ni saya share. Kalau ada apa-apa
pertanyaan, boleh tanya ya. Jumpa lagi!
Terima kasih sudi membaca.
ILMU DARI TUHAN, TANGAN UNTUK INSAN - moto fisioterapi UiTM Puncak Alam hehe :D
*all images credit to respective owner/s
Salam akak. Saya nak tanya. Kos ni boleh mohon untuk penerapan tak? Saya student final semester diploma UiTM.
ReplyDeleteSalam kak, hrpnya akak dpt jwb sya pnya soalan, boleh tak dri kos sport sc nk ambk dgree bhgian fisio ni ??
Delete