Sunday, 8 January 2017

Branches of Physiotherapy

Assalamualaikum

Hai!

Ramai yang tak tahu yang fisioterapi ni terlibat dalam banyak bidang. Ada dalam bidang sukan, bidang perbidanan, bidang kanak-kanak dannnn banyak lagi. Jadi kali ni saya nak kongsi apakah cabang-cabang yang ada dalam fisioterapi.
  

Physiotherapy in rehabilitation

Ni adalah bidang paling common sekali. Rehabilitasi. Mereka yang terlibat dalam bidang ini akan memberikan rawatan pemulihan kepada orang yang mempunyai masalah fizikal yang terhad. Samada disebabkan kemalangan atau penyakit seperti strok. Pesakit-pesakit yang dirawat akan diberi latihan-latihan yang tertentu untuk mengembalikan fungsi asal anggota mereka yang terhad itu agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.



Pediatric physiotherapy

Bidang ni pulak tentang penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang macam mana? Untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan fizikal yang terhad atau dalam Bahasa inggeris dipanggil physical disabilities. Fisio-fisio dalam bidang ini juga bertanggungjawab untuk memberi rawatan pemulihan kepada kanak-kanak yang baru selesai menjalani pembedahan.


Geriatric Physiotherapy

Untuk bidang ni pulak, dia punya goals sama sahaja dengan pediatric. bezanya, geriatric ni adalah penjagaan yang difokuskan untuk orang-orang tua atau warga emas. Untuk pakcik makcik atuk nenek yang mengalami fizikal yang terhad disebabkan faktor umur, pembedahan dan sebagainya, mereka akan dibantu dan dirawat untuk memulihkan kembali fungsi asal anggota mereka.



Sports physiotherapy

Physiotherapy in sport ni menarik tau. Sinonim dengan nama beliau, iaitu sukan, mereka yang terlibat dalam bidang ni akan handle masalah dan kecederaan yang berkaitan dengan orang sukan atau atlet. Mereka juga bertanggungjawab untuk ajarkan atlet-atlet ni teknik yang betul untuk warming up, cooling down dan sebagainya. Haaa sape-sape yang minat nak kerja bawah FAM ke red warrior ke jdt ke, boleh la usha-usha lebih lanjut tentang bidang ni :D



Neurology physiotherapy

Neurological physiotherapy ni berkait dengan masalah system saraf otak. Pemulihan ini difokus kan kepada pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan otak, pesakit strok dan pesakit yang mempunyai masalah dengan sistem saraf tunjang.

Kat sini saya explain sikit je tau. Kalau korang nak tahu banyak lagi tentang fisioterapi, korang semua boleh buat research sendiri ya. Jumpa lagi J



Terima kasih sudi membaca.


References:
Branches of Physiotherapy. (n.d.).
Reeja Tharu.(2013). Physiotherapy.



*all images credit to respective owner/s

No comments:

Post a Comment